KISAH LAILATULQADAR
"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid," kata Abah separuhmemerintah.Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikutAbah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyangbersahur.Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid beradadi tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan kearah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku."Kenapa?" tanya Abah."Lailatuqadar," kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah."Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini."Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubahtu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh," sambung Abah memaki lagi.Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Janganmelawan. Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Akucuma pulang untuk cuti raya.Selamat Berpuasa kepada Rakan2 ku semua.....sempena Ramadhan mubarak ini,ku mohon Maaf segala kekhilafan ku selama ini...jgn lupa posa jangan tuangplak...hehehehe
9/13/2008
Posted by DZ FAMILY at Saturday, September 13, 2008
Labels: cerita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment