10/30/2008

FADHILAT SURAH






*Siksaan didalam kubur bukanlah satu perkara yang biasa, setelah meningal dunia. tingkat pertama seseorang itu mesti lalui ialah kubur. Apabila Hadrat Uthaman radi-Allaho 'anho berdiri diatas sebuah kubur, ia akan menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi air-matanya. Seseorang telah bertanya kepadanya mengapakah menangis begitu rupa jika disebut kubur daripada disebutkan Syurga atau Neraka.


Ia menjawab, "Aku telah mendengar dari Rasulullah SAW bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. Barangsiapa terselamat daripada azabnya , peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab didalamnya, kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali. Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada di dalam kubur.

Ya Allah ! selamatkanlah kami daripada azab ini dengan keampunanMu.


FADHILAT SURAH AL-MULK

1) Mendapat syafaat

Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: ” Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk”


2) Menyelamatkan daripada seksa kubur

Daripada Ibnu Abbas r.a berkata seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kubur dan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ” Nabi SAW bersabda itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur. (HR At-Tarmizi)



10/20/2008

DOA TAUBAT




SESUNGGUHNYA TIADA SIAPA YANG TERLEPAS DARI MELAKUKAN DOSA....MAKA KITA HARUSLAH SENTIASA MEMOHON KEAMPUNAN DARI NYA... YANG MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG...

Allah SWT berfirman :
"Maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat" [QS. al Isra: 25].

Firman Allah SWT :
"Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? - Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui" [QS. Ali Imran: 135].

1. PENGERTIAN TAUBAT :
· Kembali semula taat kepada Allah setelah menyesal melanggar perintah Allah atau larangannya

2.
HUKUM TAUBAT :
· Wajib dilakukan bagi mereka yang telah melakukan dosa

3. SEBAB MANUSIA PERLU BERTAUBAT :
· Telah melakukan dosa kecil atau dosa besar
· Supaya setiap amalan diterima oleh Allah dengan mudah
· Supaya manusia tidak bongkak dengan kekuasaan dan keagungan Allah

4.
SEBAB ALLAH MENERIMA TAUBAT HAMBANYA
· Allah maha penyayang dengan mengampunkan dosa hambanya
· Supaya hambanya bersih daripada dosa dan memperoleh balasan syurga d akhirat
· Orang yang bertaubat akan berasa benci dengan dosa yang dilakukan
· Supaya seseorang itu sentiasa melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan

5.
SYARAT-SYARAT TAUBAT :
· Menyesal terhadap maksiat yang dilakukan
· Berhenti melakukan maksiat denga segera
· Berazam tidak akan mengulangi lagi
· Berterus terang memohon maaf jika berkaitan dengan hak orang lain

6. HIKMAH TAUBAT :
· Memberi peluang kepada orang yang berdosa kembali kejalan Allah
· Memberi ketenangan hati kepada muslim yang bertaubat
· Mendapat keampunan serta petunjuk Allah
· Sebagai satu cara mendekatkan diri kepada Allah

7. SALAH FAHAM MASYARAKAT TERHADAP MASA TAUBAT :

· Bertaubat hanya jika sudah tua
· Mempersendakan taubat dengan mengulangi taubat jika melakukan dosa yang sama pada masa yang lain
· Melaksanakan taubat jika benar-benar sudah bersedia.




LAFAZ TAUBAT :

أَسْتَغْفِرُ الله الْعَظِيْمْ الَّذِيْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمْ وَأَتُوْبُ إِلَيْهْ

10/12/2008

ALAM BARZAKH



sesiapa yg jenguk2 blog ni....silalah hayati sejenak lirik dalam nasyid ni..
sama2 lah kita ingt akan mati sbb tak ada sorang pun yg akan terlepas darinya..

tontonlah pentomen ini....semoga kita semua sedar sape kita yg sebenarnya??

ma rabbuka???
ma rabbuka???
wahai hamba Allah mari kemari
ke kampung asalmu
pulanglah dari kembaraan
apa yg kau bawa???



TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma
amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita
kepada tanda-tanda ini.
Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan
kepada
keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi
sakaratulmaut
dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.
Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini
sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi
sakaratulmaut
secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan
termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai
bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu
Imam
Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika
Imam
Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah
SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan
adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan
bersedia
dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda
ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang
kafir
iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap
tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.


Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :


Tanda 100 hari sebelum hari mati.


Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan
disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua
orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak
sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.Contohnya seperti daging lembu
yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan
mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa
mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang
setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan
kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu
sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik
untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan
dan
urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


Tanda 40 hari sebelum hari mati


Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.
Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.
Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang
letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita
sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu
dan
jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan
bingung seketika.
Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut
nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


Tanda 7 hari


Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana
orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.



Tanda 3 hari


Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu
diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya
perut
kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang
yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang
yang
sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita
melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk
ke
dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar
ditegakkan.


Tanda 1 hari


Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan
di
sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita
tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.



Tanda akhir


Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di
bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik
ke
bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri
dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada
Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.



PENUTUP


Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita
adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi
kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat
membuat
persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT
mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang
kita.Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa
lagi
Pemurah lagi Maha Mengasihani maka diriwayatkan bahawa tarikh mati seseorang
manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari
kita
sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah
SWT
semata-mata.


Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi
hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan
tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan
Allah
SWT samada di dunia mahupun akhirat.


Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah
dan
silap itu adalah dari kelemahan diri kita sendiri.



WALLAHUA`LAM